Wednesday, May 4, 2011

Ikan siakap tiga rasa ( Thai style )





Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap / kerapu
sedikit bawang putih dan bawang merah (ditumbuk)
1 bunga kantan (dicincang halus)
1 utas daun limau (dipotong halus)
1 inci halia
4 biji tomato (agak masak)
14 biji cili merah
23 biji cili padi
4 sudu sos tiram
4 sudu sos cili
5 sudu sos tomato
sedikit gula, garam
bhn utk dikisar

Cara - cara

Goreng ikan (spt biasa) garing / separuh garing (terpulang). Toskan minyak.Ketepikan.
Tumis bawang putih dan bawang merah (naik bau) + bhn kisar
Masukkan semua sos tadi, gula, garam dan sedikit air
Tuang atas ikan siap utk dimakan :)

Buttered Chicken (My style)




Bahan-bahan ( 3 orang )

400gm Isi Ayam ( Dipotong dadu dan digoreng kering )
5 sudu besar butter
5 biji telur kuning ( Dikacau hingga sebati )
7 cili api ( Dipotong )
3 tangkai daun kari
1/4 cawan susu cair
2 ulas bawang putih dan 5 ulas bawang merah ( Ditumbuk halus )
Sos tiram
Gula
Garam


Cara - cara

Panaskan 2 sudu besar butter, goreng udang 1/2 masak. Angkat dan ketepikan.
Tambah butter selebihnya, atas api sederhana, masukkan bawang putih dan bawang merah . kacau kacau sehingga naik bau .
Masukkan telur, kacau sehingga halus ,
Masukkan juga daun kari, susu cair, cili api dan perasa2 sambil kacau selalu.
Masukkan ayam dan kacau lagi hingga garing. Boleh dimakan dengan nasi putih.

Friday, March 4, 2011

Pad Thai Goreng, Seafood ;)





Bahan-bahan ( 4 orang )

1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
1/2 biji bawang besar
10 ekor sotong sederhana besar
2 sudu besar udang kering ( ditumbuk )
2 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
4 biji cili
1 biji telur

Bahan hiasan-pelengkap hidangan ini:

1 cawan taugeh
2 biji limau nipis
Sedikit daun bawang
1 keping tauhu-potong kiub
1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar

Cara-cara

Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.
Panaskan minyak cukup untuk menumis. Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.
Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.Kemudian masukkan cili merah dan sotong,kacau hingga garing.
Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.
Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.
Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee.
Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan.

Sunday, February 27, 2011

Mee wantan ;)






Bahan - Bahan

1 keping mi wantan
4 ketul wantan isi ayam
Air stok ayam
Minyak bawang putih
Sos tiram
2 tangkai kalian
5gm minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara Memasak

Rebus mee wantan sehingga lembut ,Selepas itu buang air dan cuci hingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan .Goreng wantan sehingga garing di dalam minyak yang sederhana panas. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan. Rebus kalian dengan air panas selama tiga minit. Masukkan ke dalam mangkuk mi tadi. Didihkan air stok ayam, garam secukup rasa dan campurkan sos tiram . Campurkan minyak bawang putih dan minyak bijan. Kacau rata. Tuangkan kuah ke atas mi wantan. Disediakan bersama cili padi kicap teehee <3

Wednesday, February 23, 2011

Nasi Goreng Daging ( chinese style ) ;)





Bahan-Bahan

Nasi putih
Daging lembu (dipotong kecil anggaran segenggam)
3 ulas bawang putih
1 biji telur
100g udang kecil (shrimps)
2 sudu besar kicap soya cair
Sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih, daging, udang kecil dan goreng hingga kekuningan. Masukkan sebiji telur dan tumiskan bersama campuran tadi. Goreng sehingga telur itu separuh masak dan masukkan nasi. Gaulkan semuanya hingga sebati. Masukkan kicap soya cair, kicap pekat, sos tiram. Akhir sekali masukkan garam dan lada putih secukup rasa.
hidangan siap utk dimakan , teehee <3

Mee Bakso (bukit tinggi) nomie's style ;)





Bahan-bahan

Mee 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis ( dihiris halus )
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah (ditumbuk halus )
2 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
=UTK KUAH Bakso
tambahan , fish cake .
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
4 batang cili padi
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa

Cara-cara

UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa , daun sup utk hiasan :)
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam mee dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis.
Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain. hidangan siap utk dimakan.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap . Kicap yg sering diguna kicap ABC. teehee ;)

Tuesday, February 22, 2011

Nasi Goreng Kerabu :)







Bahan-bahan ( 2-3 orang )

4 senduk nasi putih biasa .
2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
4 sotong besar ( dipotong bulat2 )
6 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang merah ( dipotong bulat2 )
5 btg kacang buncis (dipotong halus )
2 btg serai di potong halus
sedikit timun ( dipotong dadu )
sedikit daun ketumbar
sedikit bunga kantan ( dipotong halus)
Sedikit daun selloum ( dipotong halus )
Sedikit daun pudina ( dipotong halus )
Boleh di tambah ulam lain jika ada
Sedikit garam dan sos tiram .

Cara-cara

Panaskan minyak masukan bawang putih , bawang merah dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan sos tiram . hidangan siap untuk dimakan , teehee ;)