Sunday, February 27, 2011

Mee wantan ;)






Bahan - Bahan

1 keping mi wantan
4 ketul wantan isi ayam
Air stok ayam
Minyak bawang putih
Sos tiram
2 tangkai kalian
5gm minyak bijan
Garam secukup rasa

Cara Memasak

Rebus mee wantan sehingga lembut ,Selepas itu buang air dan cuci hingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan .Goreng wantan sehingga garing di dalam minyak yang sederhana panas. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan. Rebus kalian dengan air panas selama tiga minit. Masukkan ke dalam mangkuk mi tadi. Didihkan air stok ayam, garam secukup rasa dan campurkan sos tiram . Campurkan minyak bawang putih dan minyak bijan. Kacau rata. Tuangkan kuah ke atas mi wantan. Disediakan bersama cili padi kicap teehee <3

Wednesday, February 23, 2011

Nasi Goreng Daging ( chinese style ) ;)





Bahan-Bahan

Nasi putih
Daging lembu (dipotong kecil anggaran segenggam)
3 ulas bawang putih
1 biji telur
100g udang kecil (shrimps)
2 sudu besar kicap soya cair
Sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
Garam dan lada putih secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih, daging, udang kecil dan goreng hingga kekuningan. Masukkan sebiji telur dan tumiskan bersama campuran tadi. Goreng sehingga telur itu separuh masak dan masukkan nasi. Gaulkan semuanya hingga sebati. Masukkan kicap soya cair, kicap pekat, sos tiram. Akhir sekali masukkan garam dan lada putih secukup rasa.
hidangan siap utk dimakan , teehee <3

Mee Bakso (bukit tinggi) nomie's style ;)





Bahan-bahan

Mee 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis ( dihiris halus )
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah (ditumbuk halus )
2 biji bawang putih ( ditumbuk halus )
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
=UTK KUAH Bakso
tambahan , fish cake .
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
4 batang cili padi
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa

Cara-cara

UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa , daun sup utk hiasan :)
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam mee dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis.
Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain. hidangan siap utk dimakan.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap . Kicap yg sering diguna kicap ABC. teehee ;)

Tuesday, February 22, 2011

Nasi Goreng Kerabu :)







Bahan-bahan ( 2-3 orang )

4 senduk nasi putih biasa .
2 keratan ikan masin yg di goreng dan di kisar halus
Sengengam ikan bilis digoreng dan dikisar halus
4 sotong besar ( dipotong bulat2 )
6 biji cili api dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1 biji bawang merah ( dipotong bulat2 )
5 btg kacang buncis (dipotong halus )
2 btg serai di potong halus
sedikit timun ( dipotong dadu )
sedikit daun ketumbar
sedikit bunga kantan ( dipotong halus)
Sedikit daun selloum ( dipotong halus )
Sedikit daun pudina ( dipotong halus )
Boleh di tambah ulam lain jika ada
Sedikit garam dan sos tiram .

Cara-cara

Panaskan minyak masukan bawang putih , bawang merah dan cili api masak sampai kekuningan kemudian masukan semua kacang, serai dan ulaman kacau sehingga 1-2 minit dan masukkan nasi, kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin dan rasa nasi itu, kalu kurang garam tambahkan sedikit garam dan sos tiram . hidangan siap untuk dimakan , teehee ;)

Thursday, February 10, 2011

mee hailam









Bahan-bahan ( 6 orang )

500 g mee kuning
300 g sotong sederhana besar
1 keping dada ayam
6 keping cendawan tiram, dihiris
4 kelopak kobis daun, dikerat-kerat
2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji
2 keping tauhu digoreng dan hiris
daun ketumbar
daun bawang
cili padi
bawang putih
serai
bawang merah
3 camca besar sos tiram*
2 camca besar sos lada hitam*
1 camca besar sos tomato dan sos cili
1/2 kicap pekat
1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara

Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih,bawang merah,serai sampai naik bau wangi, dan masukkan daging ke kuali kacau hingga masak dan taruk sedikit air dalam kuali tggu hingga 6 minit untuk daging masak, selepas itu masukkn ayam dan sotong kacau hingga masak. Masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili dan taruk sedikit air,biar hingga mendidih. masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah selepas itu masukkan sawi hijau tambah sedikit lagi air dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya.masukkan hirisan daun ketumbar/daun bawang, cili padi. hidangan siap untuk dimakan teehee <3

Do I easily get jealous? Yes. Do I cry randomly? Yes. Do I get angry? Yes. Do I fight? Yes. Do I need a daily hug? Yes. Dont ever say u're sorry, if u really dont Mean it. Dont promise u wont repeat the mistakes u have done, when u're confident it'll Happen again.
Dont ever say ILY, when u only have those feelings for few days. Dont ever say IMY, when u only have nothing to do.
Dont ever give the same reasons, when u just only want to avoid all questions only human. I'm only human. =)

Wednesday, February 9, 2011

spaghetti goreng bebola daging dgn cheesedale (fried spaghetti meat balls with cheesedale cheese) =)




Bahan-bahan ( 4 orang )

Spaghetti 1 paket - rebus sehingga lembut, (bubuh garam buat perisa dn minyak sikit supaya spaghetti tak lekat)
2 utas daun ketumbar (chinese parsley) - potong dadu kecil
Bawang Putih 15 biji - kisar halus
Bawang merah 16 biji - potong dadu
cheesedale diblend halus
Cili merah besar = dicincang halus
Cendawan Shitake - hiris
Daging cincang 1 paket digaul bersama garam,rempah,sedikit lada hitam,dan daun ketumbar cincang dan gaul bersama tepung,daging cincang buat bulat2 dan letak dalam air panas sehingga masak,toskan daging tersebut dan biar sehingga kering,kemudian goreng bebola daging tersebut)
Prego Spaghetti tomato Sauce tin kecik
Serbuk Lada Hitam Kasar
Minyak Zaiton@minyak masak

Cara-cara

Tumis bawang putih, bawang merah, cili merah, sukatan minyak ikut suka. Bila dah naik bau, masukkan spaghetti sauce.
Gaulkan tumisan , Jika sos kering, tambahkan air sikit.
Masukkan bebola daging. Biarkan sampai sos mendidih.
Dah tu, masukkan cendawan dan akhir sekali spaghetti. Taburkan lada hitam ikut suka pedas.
Gaul rata semua bahan masukkan cheesedale, padamkan api. Bolehlah hidangkan. teehee <3

Maggie goreng sambal ikan bilis (fried maggie with spicy anchovies)=)





Bahan-bahan ( 4 orang )

4 biji kentang (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih
4 peket maggie perisa kari
2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
ikan bilis (segenggam digoreng sblm digaulkan bersama maggie)
1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
1 utas serai (utk bau)
daun bawang
bawang goreng
4 cili merah.
4 cili hijau.

Cara-cara

Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan bawang yg dipotong tdi serta bawang merah dan cili2 yg dipotong bulat dan serai, tumis smpi naik bau, kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
Masukkan ikan bilis yg digoreng tadi,. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air dan biar sampai mendidih dan dan tarukkn maggie kacau bersama sos tiram,sos cili,sos tomato dan akhir sekali daun bawang dan daun ketumbar,
hidangan siap utk dimakan, teehee <3

Tuesday, February 8, 2011

Ikan kembung masak lemak cili api dgn brokoli (spicy coconut fish green curry with broccoli)thai style =)




Bahan-bahan ( 4 org mkn )

santan kelapa dari kotak kecik (guna smpi habis)
bawang merah 4 ulas (dipotong bulat)
bawang putih 3 ulas (ditumbuk hingga halus)
cili padi 12 biji (ditumbuk)
sekeping asam keping
2 batang serai (dipotong bulat @ ditumbuk halus)
Daun ketumbar dan daun limau
setengah sudu besar serbuk kunyit
kentang (dipotonga dadu dan digoreng)
5 ketul ikan (digoreng sblm masuk ke dlm kuah)


Cara-cara utk memasak ;)

panaskan minyak masukkan bahan yg dipotong @ ditumbuk tadi ,
taruk sedikit air masak, tggu sehingga mendidih selepas itu masukkan daun ketumbar dan daun limau ,
kacau sehingga naik bau , masukkan santan dan campurkan santan bersama air di dalam periuk dan dikacau,
masukkan cili padi, asam keping dan ikan yg digoreng tadi. kacau sehingga serbuk kunyit tidak berketul.
kemudian kacau sehingga naik bau dan
kacau sehingga mendidih dan siap utk dihidangkan. =) teehee <3